INTERVIEW BERSAMA BRADER JAMBANG

Dipetik dari visionmsia "1Malaysia THE INDEPENDENCE DAY-zine" >>>
[link]Terima kasih Brader Jambang kerana sudi meluangkan masa bersama Visionmsia.Terima kasih kembali.
Bagaimana brader mula-mula mendapat tahu tentang dA, boleh berkongsi cerita?Mula-mula saya dapat tahu tentang DA melalui sahabat saya iaitu kartunis Oren pada tahun 2003 (kalau tak silap) tapi pada masa tu saya buta IT dan tak tau banyak pekara tentang internet.. jadi..saya abaikan dan belum rasa ada sebarang kepentingan untuk saya masukkan hasil karya saya dalam DA.
Mengapa pilih Jambang sebagai username dA.Nickname 'Jambang' sebenarnya adalah gelaran yg macam dah melekat pada saya sejak mula berhijrah ke Kuala Lumpur.. mungkin masa tu terlalu ramai salesman di tepi-tepi jalan yg jual Jam.. selalu aje mereka datang menghampiri saya dan berkata " Bang.. Jam Bang!!" saya selalu terfikir.. banyak sangat ke 'jambang' aku?? demekian la kisah pembohongan aku kali ni.. hehhehe
tapi nama tu memang dah sinonim pun walaupun saya takde jambang. Org berjambang tak semestinya bernama Jambang, Jadi org yg digelar jambang pun.. tidak lah semestinya berjambang.. kukuh tak alasan tu??!! hehehe..
Boleh cerita bagaimana brader mula berkecimpung dalam seni komik.Sebenarnya kerjaya seni saya bermula dalam bidang animation, iaitu pada tahun 1996 di Kharisma Pictures sebagai Storyboard artis. tentu anda masih ingat dgn animation Usop Sontorian yg pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu..hehehe..lepas itu saya berkerja pula untuk animasiKeluangMan. Saya mula berkecimpung secara serius dalam bidang komik pula pada tahun 1999 di Majalah APO? sebagai pelukis bebas. Sebelum itu saya telah pun melukis untuk beberapa majalah kartun lain seperti Ujang,Lanun dan banyak lagi..tapi sekadar suka2.
Apa yang menjadi sumber-sumber inspirasi brader dengan bidang seni.Hmm..agak sukar soalan untuk dijawab ni Saya sebenarnya suka melihat binatang2 dan gelagat manusia.. mungkin dari situ saya boleh dapat banyak idea
Dalam banyak-banyak artworks yang telah dihasilkan, yang mana paling disukai.Ni pun sukar juga untuk dijawab.. tapi yg paling memberi kepuasan pada saya sendiri adalah artwork ini,
Corepeps :final: saya lukis hanya untuk suka-suka untuk sebuah Artzine yg diberi nama "Corepeps'. Saya enjoy buat tu kerana itu kali pertama saya mencuba buat artwork yg sebegitu dan masa tu juga saya bereksprimen dgn kaler digital yg memangnya saya belum mahir. Dgn bantuan kawan2 di dA..saya upload byk kali untuk mendapat komen2 yg membina tentang warna pada bahagian background pada masa itu..ada yg suka warna biru, ada yang mahu pink,peach dan sebagainya.. dan itu lah hasilnya atas bantuan ramai
Satu fakta tentang anda untuk dikongsi bersama.Suka lukis sesuatu yg mnghiburkan org ramai, tapi yang dah kenal rapat dengan saya.. lebih suka saya jadi magician dari jadi kartunis.. sebab diorg lebih terpesona lihat cara saya main silap mata kot.
Siapa artist(/artistes) yang brader paling tabik di dalam dA, dan mengapa.Sebenarnya terlalu ramai artis yg amat saya kagumi dlm dA ni.. tapi jika diminta untuk diberikan pilihan.. hanya

yg paaaaaaaling saya kagumi tak tau nak cakap apa..tapi beliau mmg terlalu hebat bagi saya, jika dA dari Malaysia pula saya meminati

&
Sedikit nasihat/tips untuk rakan-rakan dA dan di luar sana untuk teruskan dalam kejayaan.Teruskan berusaha jika bidang seni itu memang cita-cita anda. Jika kita nak buat sesuatu tu lakukan aje dan buktikan yang anda boleh, jangan malu bertanya dan jangan sombong atau cepat putus asa. Selagi hidup selagi itu kita belajar, biar sampai kita sedar yang semakin kita belajar kita sebenarnya semakin bodoh (sebab baru sedar rupanya terlalu banyak yg kita masih belum tau)
Apakah harapan brader dengan industri Seni komik tanah air, dan apa yang brader lihat Malaysia Komik dalam 10 tahun akan datang?Setelah puas orang2 lama menebas lalang untuk memberi laluan mudah pada generasi sekarang.. janganlah pula muncul generasi baru pula yg mnjadi lalang menghancurkan industri yg sedia ada.. lalang baru itu pun terlalu banyak yg perlu ditebas! menyusahkan perjalanan org yg betul2 mau berkarya.. Berilah peluang kepada yg berhak. Harapan saya agar industri komik tanahair akan terus maju, dan saya mau lihat lebih ramai pelapis2 baru yg hebat muncul di Malaysia.
Erti Kemerdekaan kepada anda?Erti kemerdekaan adalah bebas.. bebas bersuara,berkarya, atau bebas melakukan apa saja asalkan ada batasnya dan tidak mnyusahkan org lain.. biarlah semua org boleh menikmati kehidupan yg rukun dan damai. jgn biarkan diri kita dikongkong dan terus dijajah..
Terbaik!! Baiklah, itu saja untuk temuramah kali ini, Terima kasih sekali lagi brader Jambang!
Sama-sama, dan terima kasih kembali kerana sudi menemuramah saya.
Sumber:

--
IRON MAIDEN IS MY ENERGY
Sudi2 la singgah & komen ye.
--
live with lol~ huhu...
proud to be malaysian...!!
WOOT~
--
I'm Proud To Be A Muslim... What are you proud of ?
wahh ada skill dalam painting..
teruskan melukis
--
trying to break into comic industry
myblog: [link]
Suka tengok komik2 persilatan Melayu... amat unik!
cuba menonjolkan komik kemelayuan dan persilatan... nampak nusantara..
tgh kebanjiran pengaruh manga dan komik barat
--
trying to break into comic industry
myblog: [link]
--
99.8% of anime fans are obsessing over Naruto, it seems. If you are one of the last few who can think of three or more better series, then please paste this as your signature. My choices are: Cowboy Bebop, Outlaw Star, Trigun, Full Metal Panic!
Previous Page12345...Next Page