Join for FREE | Take the Tour Lost Password?
[x]

deviantART

 

Temubual Jambang di Visionmsia

Tue Sep 1, 2009, 3:55 PM
:bulletyellow: INTERVIEW BERSAMA BRADER JAMBANG :iconjambang: :bulletyellow:
Dipetik dari visionmsia "1Malaysia THE INDEPENDENCE DAY-zine" >>> [link]

Terima kasih Brader Jambang kerana sudi meluangkan masa bersama Visionmsia.

Terima kasih kembali.


Bagaimana brader mula-mula mendapat tahu tentang dA, boleh berkongsi cerita?

Mula-mula saya dapat tahu tentang DA melalui sahabat saya iaitu kartunis Oren pada tahun 2003 (kalau tak silap) tapi pada masa tu saya buta IT dan tak tau banyak pekara tentang internet.. jadi..saya abaikan dan belum rasa ada sebarang kepentingan untuk saya masukkan hasil karya saya dalam DA.


Mengapa pilih Jambang sebagai username dA.

Nickname 'Jambang' sebenarnya adalah gelaran yg macam dah melekat pada saya sejak mula berhijrah ke Kuala Lumpur.. mungkin masa tu terlalu ramai salesman di tepi-tepi jalan yg jual Jam.. selalu aje mereka datang menghampiri saya dan berkata " Bang.. Jam Bang!!" saya selalu terfikir.. banyak sangat ke 'jambang' aku?? demekian la kisah pembohongan aku kali ni.. hehhehe
tapi nama tu memang dah sinonim pun walaupun saya takde jambang. Org berjambang tak semestinya bernama Jambang, Jadi org yg digelar jambang pun.. tidak lah semestinya berjambang.. kukuh tak alasan tu??!! hehehe..


Boleh cerita bagaimana brader mula berkecimpung dalam seni komik.

Sebenarnya kerjaya seni saya bermula dalam bidang animation, iaitu pada tahun 1996 di Kharisma Pictures sebagai Storyboard artis. tentu anda masih ingat dgn animation Usop Sontorian yg pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu..hehehe..lepas itu saya berkerja pula untuk animasiKeluangMan. Saya mula berkecimpung secara serius dalam bidang komik pula pada tahun 1999 di Majalah APO? sebagai pelukis bebas. Sebelum itu saya telah pun melukis untuk beberapa majalah kartun lain seperti Ujang,Lanun dan banyak lagi..tapi sekadar suka2.


Apa yang menjadi sumber-sumber inspirasi brader dengan bidang seni.

Hmm..agak sukar soalan untuk dijawab ni Saya sebenarnya suka melihat binatang2 dan gelagat manusia.. mungkin dari situ saya boleh dapat banyak idea


Dalam banyak-banyak artworks yang telah dihasilkan, yang mana paling disukai.

Ni pun sukar juga untuk dijawab.. tapi yg paling memberi kepuasan pada saya sendiri adalah artwork ini, Corepeps :final:

saya lukis hanya untuk suka-suka untuk sebuah Artzine yg diberi nama "Corepeps'. Saya enjoy buat tu kerana itu kali pertama saya mencuba buat artwork yg sebegitu dan masa tu juga saya bereksprimen dgn kaler digital yg memangnya saya belum mahir. Dgn bantuan kawan2 di dA..saya upload byk kali untuk mendapat komen2 yg membina tentang warna pada bahagian background pada masa itu..ada yg suka warna biru, ada yang mahu pink,peach dan sebagainya.. dan itu lah hasilnya atas bantuan ramai


Satu fakta tentang anda untuk dikongsi bersama.

Suka lukis sesuatu yg mnghiburkan org ramai, tapi yang dah kenal rapat dengan saya.. lebih suka saya jadi magician dari jadi kartunis.. sebab diorg lebih terpesona lihat cara saya main silap mata kot.


Siapa artist(/artistes) yang brader paling tabik di dalam dA, dan mengapa.

Sebenarnya terlalu ramai artis yg amat saya kagumi dlm dA ni.. tapi jika diminta untuk diberikan pilihan.. hanya :iconbetteo: yg paaaaaaaling saya kagumi tak tau nak cakap apa..tapi beliau mmg terlalu hebat bagi saya, jika dA dari Malaysia pula saya meminati :iconniezamcomic: & :iconsolitarium:


Sedikit nasihat/tips untuk rakan-rakan dA dan di luar sana untuk teruskan dalam kejayaan.

Teruskan berusaha jika bidang seni itu memang cita-cita anda. Jika kita nak buat sesuatu tu lakukan aje dan buktikan yang anda boleh, jangan malu bertanya dan jangan sombong atau cepat putus asa. Selagi hidup selagi itu kita belajar, biar sampai kita sedar yang semakin kita belajar kita sebenarnya semakin bodoh (sebab baru sedar rupanya terlalu banyak yg kita masih belum tau)


Apakah harapan brader dengan industri Seni komik tanah air, dan apa yang brader lihat Malaysia Komik dalam 10 tahun akan datang?

Setelah puas orang2 lama menebas lalang untuk memberi laluan mudah pada generasi sekarang.. janganlah pula muncul generasi baru pula yg mnjadi lalang menghancurkan industri yg sedia ada.. lalang baru itu pun terlalu banyak yg perlu ditebas! menyusahkan perjalanan org yg betul2 mau berkarya.. Berilah peluang kepada yg berhak. Harapan saya agar industri komik tanahair akan terus maju, dan saya mau lihat lebih ramai pelapis2 baru yg hebat muncul di Malaysia.


Erti Kemerdekaan kepada anda?

Erti kemerdekaan adalah bebas.. bebas bersuara,berkarya, atau bebas melakukan apa saja asalkan ada batasnya dan tidak mnyusahkan org lain.. biarlah semua org boleh menikmati kehidupan yg rukun dan damai. jgn biarkan diri kita dikongkong dan terus dijajah..



Terbaik!! Baiklah, itu saja untuk temuramah kali ini, Terima kasih sekali lagi brader Jambang!

Sama-sama, dan terima kasih kembali kerana sudi menemuramah saya.



Sumber: :iconvisionmsia:

  • Mood: Peaceful

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)

Thu Aug 13, 2009, 2:29 AM
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan


Terkilan atas pemergian Ustaz Asri. Kita kehilangan sebuah permata yang tak terganti. Namun Allah lebih sayang padanya.
AL-FATIHAH.

[link]

  • Mood: Emotional

MJ

Thu Jun 25, 2009, 7:36 PM
Like A Comet
Blazing 'Cross The Evening Sky
Gone Too Soon

Like A Rainbow
Fading In The Twinkling Of An Eye
Gone Too Soon

Shiny And Sparkly
And Splendidly Bright
Here One Day
Gone One Night

Like The Loss Of Sunlight
On A Cloudy Afternoon
Gone Too Soon

Like A Castle
Built Upon A Sandy Beach
Gone Too Soon

Like A Perfect Flower
That Is Just Beyond Your Reach
Gone Too Soon

Born To Amuse, To Inspire, To Delight
Here One Day
Gone One Night

Like A Sunset
Dying With The Rising Of The Moon
Gone Too Soon

Gone Too Soon

  • Mood: Emotional

Kerja sudah habis

Tue Apr 28, 2009, 1:47 AM
Syukur & lega... macam baru habis minum eno... Tapi ada lagi nanti... moralnya, jangan tangguh dan bajet boleh siap keje satu hari... :lmao:

  • Mood: Relief

Mansoor Ibrahim

Sat Apr 18, 2009, 1:38 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ini ingin kita bercerita tentang Mansoor Ibrahim.



Mansoor Ibrahim, seorang kartunis yang pernah menyumbangkan karya komik sekitar era 80-an. Karyanya di Berita Harian / Minggu bermula dengan siri "3 Pendekar". Beliau memperkenalkan watak utama bernama Sakti yang berkelana dalam pada masa yang sama membantu mereka yang dizalimi. Setiap episod hariannya pasti diselitkan unsur-unsur aksi yang menarik. Gaya persembahan dan rekaan wataknya sedikit sebanyak menyerupai karya pelukis komik dari Hong Kong seperti Tony Wong Yuk-Long dan Ma Wing Shing ( 馬榮成 ). Tahun 70-an menyaksikan komik-komik Hong Kong dipengaruhi besar dari lagenda Bruce Lee yang membawa arus perubahan global dalam dunia perfileman aksi umumnya dan kung-fu khususnya.

Mansoor Ibrahim juga terlibat dalam menghasilkan karya di dalam majalah BAMBINO dan Utusan Pelajar dengan karyanya yang berjudul Super Tuah, Lintar dan Perang Robot (watak utamanya Amran). Karya-karya ini agak berbeza dari Sakti kerana diterapkan pula beberapa unsur manga dari Jepun.

Selain itu, karyanya Pedang Sakti terbitan Media Seni pula memaparkan gaya kartun yang menuju ke arah realisme yang sinonim dengan kartunis Amerika seperti Kirby. Gaya kartun realisme ini amat popular bagi komik-komik pendekar dan aksi di Indonesia (seperti karya Teguh Santosa) dan Malaysia.

Kepelbagaian gaya ini menunjukkan Mansoor Ibrahim berjaya mempelajari dan mengadaptasikan elemen-elemen komik dari luar bagi menghidupkan cerita-ceritanya disamping menjaga identiti-identiti cerita Melayu yang tersendiri.


P/S: Saya sedang mencari latarbelakang / biodata Mansoor Ibrahim. Mungkin ada yang tahu sedikit sebanyak pasal artis ni?

  • Mood: Hope

Sponsored By Ninja Assassin

Journal History

Site Map